Gambar dan ulasan dipetik dari soccer.com/guide
Merupakan kasut rangakaian yang paling popular dari Nike .Sesiapa sahaja yang memandang dan pernah memakainya akan pernah merasakan sensasi kepantasan serta perubahan mentaliti yang cukup positif .Bermula dari edisi pertama pada tahun 1998 sehingga generasi kesebelas pada 2016 , kasut mercurial ini tidak pernah menghampakan peminat atau pemain pelbagai latar belakang serta level dari amatur sehingga profesional.
Terdetik hati saya untuk menulis mengenai but pantas yang memberikan impak maksima kepada landskap atau kepantasan permainan bola ini dengan terperinci tetapi apa yang ingin saya kongsikan adalah maklumat teknikal serta perasaan sebenar mereka yang telah menguji kasut ini.
Muat
Mercurial Vapor sejak dari dulu terkenal dengan muatan untuk kaki bersaiz sempit atau tidak lebar mahupun kecil , sekali cuba ia tidak memberikan rasa muat yang lebar .Edisi terbaru kasut pantas ini adalah lebih baik dari sebelumnya .permukaan atas teijin lebih memberikan keselesaan berbanding generasi vapor 10 .Walaubagaimanapun ianya masih dalam kategori kasut bersaiz sempit , tetapi bagi yang muat ianya masih dirasakan lebih selesa dan memberikan ruang yang secukupnya untuk kaki .Gaya Lidah satu Permukaan memberikan tekanan yang secukupnya , dimana dirasakan agak berlainan pada permulaannya tetapi begitu menyeronokkan setelah lama dipakai. Tapak kasut seperti Superfly V , menampilkan rekaan terbaru .ianya lebih meliputi ruang semulajadi pada lekukan kaki dari yang anda fikirkan , dilengakapi dengan lapis kasut dalam yang lebih tebal menjadikan ianya kasut yang sangat selesa berbanding dengan vapor sebelumyan yang pernah saya pakai iaitu lebih minimalistik dari segi rekaan dalam.
Sentuhan
Mengekalkan jenis permukaan yang sama iaitu teijin upper dan masih bercirikan rasa tanpa kasut atau kaki ayam but pantas. Perbezaan dengan ciri sebelumnya adalah mikrokontrol yang dilengakapi Vapor 10 telah digantikan dengan rekaan seperti tulang rusuk atau jalur - jalur pada permukaan yang menambah rasa kawalan pada permukaan dan dirasakan akan membantu pemain dalam membuat hantaran serta rembatan.
Rekaan Stud
.Rekaan stud berbentuk Chevron menambah rasa agresif pada bawah kasut dan memberikan lebih gigitan serta daya tolak apabila memecut dengan kasut ini. Walaupun pada padang turf atau sintetik isu terggelincir atau hilang kawalan adalah tidak dirasakan kerana permukaan stud yang mencukupi dari segi kedalaman dan kelebaran permukaan yang mencengkam dengan selesa.Dribble atau kawalan bola dengan stud dirasakan amat selesa dan memecut pada garisan lurus dirasakan amat mudah.
Comments
Post a Comment