Skip to main content

Ulasan kasut bola Nike Tiempo legend 7 FG



Ulasan ini dipetik dari Soccercleats101.Com


Bercakap tentang keselesaan dan kualiti sentuhan pada bola , Tiempo Legend  selalu menjadi kasut pendahulu . Selaras dengan tradisi itu, Nike telahmelancarkan generasi ketujuh dengan menggabungkan gaya klasik dengan spesifikasi teknologi canggih. Ini  menjadikan Tiempo  yang paling maju hingga kini, dengan penekanan pada ketahanan dan struktur keseluruhan but. Sebagai contoh, Fit-Mesh diperkenalkan buat kali pertama dan ditenun di bahagian atas untuk bertindak seperti perangkap jari Cina. Semakin banyak tekanan yang anda gunakan, semakin ketat sensasi di kaki yang dirasai.

Pakai kali pertama dan tahap keselesaan 
Disebabkan rekaan kasut yang sebegitu bersahaja  ianya dirasakan dangat ketat pada pemakaian pertama .Saya memakainya terus untuk ke perlawanan bola sepak tanpa sebarang masalah. Kulit atasnya terasa agak lembut  sementara kaki saya menyesuaiakan diri  dengannya. Manakala bahagian tapak but terasa cukup fleksibel mengikut pergerakan kaki  , terutamanya pada bahagian urat ibu jari kaki .Jika anda mendapatkan saiz kasut yang sempurna yakni tidak terlalu ketat ,saya rasa sesiapun yang memakainya tidak akan berhadapan masalah atau pengalaman yang negatif tentangnya.

Pemakaian dan keselesaan 

Satu perkara penting yang anda perasan adalah rekabentuk yang begitu teliti dan tersendiri pada kulit atas kasut .Malahan tidak terdapat satu bekas jahitan pun yang digunakan pada bahagian atas kasut.Ini bertujuan untuk memberikan rasa keseluruhan dan pemakaian yang tersendiri dengan Nike memberikan fokus kepada empat (4 ) lapisan yang tersendiri.
  1. Nike menggunakan kulit Kangaroo atas yang sangat lembut dan tanpa lapisan yang berlapis . Bahagian atas ini adalah lapisan pertama iaitu sentuhan antara but dan permukaan bola.
  2. Kulit kasut diselaputi oleh lapisan istimewa yang lembut,Ini menambah rasa kusyen dan sebagai struktur yang mnyokong kasut .
  3. Fit-Mesh, sejenis fabrik yang melakukan debut atau penampilan pertama pada kasut, Bertindak sebagai lapisan yang meliputi bahagian dalam pada kasut, ianya bukan kulit . Ianya membantu kaki akan berada di dalam kasut dan bukanlah kulit.
  4. Nike Flyknit diantara pertengahan kasut serta pada lidah kasut mengandungi Flywire dan melengkapi sebagai kusyen pertama pada permukaaan kaki.
  5. Rasa kelembutan Tiempo legend 7 meliputi sehingga ke tumit , dimana kusyen , pod-pod direka untuk memastikan kaki stabil berada di dalam kasut tanpa sebarang pergerakkan atau gegaran.






             Prestasi kasut

Kulit kangarroo memang hebat . Dengan Fit mesh terletak dibawah lapisannya , ia tidak begitu terasa lembut , tetapi terasa agak lembut semasa bermain , satu aspek yang dipertingkatkan Nike adalah ketahanan material yang digunakan , generasi tiempo sekarang tidak merisaukan .Apa yang anda dapat adalah gabungan sentuhan yang kemas dan definisi ekstra pada rasa pada sentuhan bola , ianya hampir menyerupai rasa CTR 360 , dengan lapisan lembut tambahan menambah rasa dinamik apabila anda melakukan sentuhan dengan bola . Apabila anda melakukan sentuhan pertam pada bola terasa seperti terdapat efek menyerap yang ketara . atau apabila anda melakukan gerakan di sepanjang padang terasa bola begitu dekat pada kaki.
Bercakap tentang melakukan cubaan tajam pada bola , kesan serapan hentakkan  memberikan kelebihan tambahan , walaupun terasa minima. Saya sebenarnya berpendapat anda dapat melakukan kawalan pada percubaan anda pada gol serta menambah sedikit pusingan pada bola apabila diperlukan .Definisi ekstra tambahan membantu but untuk  memberikan luas permukaan sentuhan yang cukup serta sensasi grip atau lekatan pada bola.
Dibawah soleplate atau tapak kasutnya adalah 22% lebih ringan daripada generasi Tiempo sebelumnya , ianya disebabkan oleh Soleplate atau tapak hyperstabiliti dari Nike terbaru .Plate atau tapak menggabungkan ciri konikal stud atau stud bulat , bentuk chevron serta bilah dibawahnya .Seiring dengan but Nike yang lainnya Corak Traksi Tepat dibina menerusi FInite Element Analysis (FEA )  iaitu analisis menggunakan komputer untuk menentu arah corak gerakan kasut diatas padang bola.Nike menggunakan teknologi yang sama pada hampir setiap kasut bola dan itu adalah tidak memberikan kesan signifikan kerana yang penting rasa yang bagus pada semua permukaan FG atau padang turf.Sistem tapak kasut membolehkannya digunakan pada kedua- dua padang saya secara peribadi menikmati pengalaman yang menyeronokkan semasa memakainya .Secara umum bentuk konikal pada stud memberikan lebih keseimbangan traksi tanpa rasa terperangakap atau kesan menyeret berlebihan diatas padang.












Dengan pelbagai kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh Nike telah memastikan mereka mengeluarkan satu produk yang berkualiti dan ingin dilihat oleh konsumer tahap ketahanan kasut yang dipertingkatkan .Untuk sesi ujian harini Nike telah mmemberikan kami sample edisi terhad Hitam .
Sesi  Permulaan dan keselesaan





 dan keselesaan 


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan bahasa Melayu Nike mercurial vapor xii pro Ulasan ini dipetik dan disunting dari soccercleat101.com  ihsan daripada soccercleat101.com Reaksi Terdapat persamaan yang hampir dengan versi model elit iaitu vapor xi elite menjadikannya pilihan yang menarik untuk dimiliki oleh setiap pemain. Tak hairanlah menjadi pilihan yang paling popular dalam kategori bajet sederhana untuk peminat kasut bola.Semua rekaan kasut terarah kepada kelajuan , dengam tekstur tambahan menerusi permukaan kasut yang menambah rasa sentuhan dan kawalan bola. Semuanya tentang kelajuan Apa yang dikatakan tentang kasut ini semestinya benar ! Sama dengan vapor elite vapor pro juga direka untuk memaksimakan kelajuan pemain. Hanya berbeza sedikit saja dari karakter .Dengan hanyua berat 7.2 oz keselesaan kasut adalah sangat terbaik dalam kategori kasut ringan dan speedboot. Secara peribadi  saya menyukai bentuk kasut yang aerodinamik dengan rekaan hadapan jari kaki menumpu kepada ibu jari ...

Ulasan Kasut Gred ;profesional Nike mercurial vapor 11

Gambar dan ulasan dipetik dari soccer.com/guide Merupakan kasut rangakaian yang paling popular dari Nike .Sesiapa sahaja yang memandang dan pernah memakainya akan pernah merasakan sensasi kepantasan serta perubahan mentaliti yang cukup positif .Bermula dari edisi pertama pada tahun 1998 sehingga generasi kesebelas pada 2016 , kasut mercurial ini tidak pernah menghampakan peminat atau pemain pelbagai latar belakang serta level dari amatur sehingga profesional. Terdetik hati saya untuk menulis mengenai but pantas yang memberikan impak maksima kepada landskap atau kepantasan permainan bola ini dengan terperinci tetapi apa yang ingin saya kongsikan adalah maklumat teknikal serta perasaan sebenar mereka yang telah menguji kasut ini. Muat Mercurial Vapor sejak dari dulu terkenal dengan muatan untuk kaki bersaiz sempit atau tidak lebar mahupun kecil , sekali cuba ia tidak memberikan rasa muat yang lebar .Edisi terbaru kasut pantas ini adalah lebih baik dari sebelumny...