Skip to main content

Ulasan bahasa Melayu
Nike mercurial vapor xii pro


Ulasan ini dipetik dan disunting dari soccercleat101.com

 ihsan daripada soccercleat101.com




Reaksi

Terdapat persamaan yang hampir dengan versi model elit iaitu vapor xi elite menjadikannya pilihan yang menarik untuk dimiliki oleh setiap pemain. Tak hairanlah menjadi pilihan yang paling popular dalam kategori bajet sederhana untuk peminat kasut bola.Semua rekaan kasut terarah kepada kelajuan , dengam tekstur tambahan menerusi permukaan kasut yang menambah rasa sentuhan dan kawalan bola.


Semuanya tentang kelajuan
Apa yang dikatakan tentang kasut ini semestinya benar ! Sama dengan vapor elite vapor pro juga direka untuk memaksimakan kelajuan pemain. Hanya berbeza sedikit saja dari karakter .Dengan hanyua berat 7.2 oz keselesaan kasut adalah sangat terbaik dalam kategori kasut ringan dan speedboot. Secara peribadi  saya menyukai bentuk kasut yang aerodinamik dengan rekaan hadapan jari kaki menumpu kepada ibu jari kaki.


Mercurial Vapor Pro Review


Vapor Pro Heel Speed



Kualiti sentuhan kasut dan kawalan Bola
Nike menggunakan permukaan kasut sintetik yang cukup kuat meliputi bahagian atas Vapor Pro. Dari sudut rasa  material kita sebagai pemain bola selalu mencari sesuatu bahan yang mudah lentur / fleksibel serta responsif pada kaki. Saya melabelkan kualiti sintetik kasut ini pada aspek yang bertentangan iaitu agak rigid atau keras kurang fleksibel apabila menyentuh dan meratakan jari pada permukaan kasut. Biasanya pada pandangan kita adalah negatif tetapi secara keseluruhannya tidak. Salah satu manfaat kasut berpermukaan rigid adalah ia mengekalkan bentuk kasut  pada pemakaiya dan mengikut ruang kaki serta rasa penuh merentasi ruangan kaki .Jadi anda mendapat sebuah kasut yang tahan lama dan memberi prestasi yang konsisten / berterusan yang boleh dipakai untuk satu musim permainan bola. 

Kontra atau aspek negatif kasut ini adalah anda kehilangan sentuhan semulajadi pada bola yang selalunya didambakan oleh pemain penyerang dari kasut kategori kelajuan . Jangan salah anggap yang material atau bahan kasut ini tidak memberikan rasa kepada bola semasa sentuhan.Secara jelasnya , ia masih memberkalkan rasa responsif pada kasut .Cuma ia tidak memberikan pengalaman pemakaina kasut seperti Vapor Elit yang lebih nipis.Dari aspek kawalan bola , sedikit tekstur membantu dalam permainan terutamanya semasa padang basah atau licin yang dimana kita  memerlukan penambahan grip / cengkaman untuk kualiti sentuhan bola yang lebih baik.
Vapor Pro Upper

Nike Vapor Pro Texture Upper
Nike Vapor Pro Chevron Blades


Traksi serta Plat / tapak kasut
Perbezaan jelas terlihat pada soleplate / tapak kasutnya. Anda dapat plat yang terpisah serta stud berbentuk chevron / V .implementasi atau  fungsi stud masih sama iaitu untuk mempertingkatkan pecutan serta agiliti . Dalam permainan ia berfungsi sangat baik , dalam padang biasa serta tiruan berfungsi dengan baik.Setiap stud chevron dalam kedudukan yang strategik serta terbaik untuk meningkatkan daya pecutan kasut serta masa pelepasan kasut dengan permukaan padang.


Kasut dengan binaan lidah di dalam 
Untuk memberikan bentuk yang sempurna pada kasut rekaan permukaan lidah kasut merentasi bahagian tengah kasut.Anda boleh melonggarkan bahagian kasut melalui tali kasut sehingga 1/4 kebawah , tetapi kemudian ia menghasilkan rasa  terkunci dibahagian kaki.



Pemakaian

Vapor adalah tentang rasa ketat . Semua rekaan adalah untuk meminimumkan ruang serta memberi kesan aerosinamik.Sebelum ini ramai antara anda yang tidak dapat memakai siri Vapor disebabkan ciri kasutnya.Untuk saiz kaki sederhana besar say dapat memakainya dengan mudah cuma ketidakselesaan yang dirasakan pada hari pertama menyebabkan saya tidak memakainya terus menerus.Bahagian jari ibu kaki terasa sangat ketat.Bukan suatu masalah untuk memakai kasut ini tetapi untuk yang berkaki lebar akan menganggu keselesaan pemakaian disebabkan sifat kasut yang ketat.


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan kasut Gred Profesional : Puma evopower Vigor 1

Imej daripada reviu ini dipetik daripada soccercleat101.com Puma evopower Vigor 1 Merupakan kasut top tier atau rangkaian teratas dalam keluaran kategori power Puma , dibina daipada adaplite material yang meruapakan mikofiber sintetik dari Jepun yang boleh bergerak secara elastik secara satu arah dan tidak pada lateral , sangat fleksibel dan menggabungkan ciri -ciri kasut moden teknologi yang sofistikated.    Kasut ini dilengkapi dengan accu foam dot yang boleh didapati pada keseluruhan upper serta bahagian lidah kasut dimana laces atau tali terdapat , sensasinya sangat lembut serta membantu membina grip atau lekatan pada semua kondisi cuaca .     Pada bahagian outsole pula terdapat gradual stability frame dimana bahagian tumit serta midfoot adalah stiff atau keras berbanding bahagian forefoot atau tapak pada bahagian hadapan .Ini bertujuan memberikan fleksibiliti yang diperlukan untuk pemain membuat rembatan , hantaran atau kemudi atau dribble pada bola...

Ulasan kasut bola Nike Tiempo legend 7 FG

Ulasan ini dipetik dari Soccercleats101.Com Bercakap tentang keselesaan dan kualiti sentuhan pada bola , Tiempo Legend selalu menjadi kasut pendahulu . Selaras dengan tradisi itu, Nike telahmelancarkan generasi ketujuh dengan menggabungkan gaya klasik dengan spesifikasi teknologi canggih. Ini menjadikan Tiempo yang paling maju hingga kini, dengan penekanan pada ketahanan dan struktur keseluruhan but. Sebagai contoh, Fit-Mesh diperkenalkan buat kali pertama dan ditenun di bahagian atas untuk bertindak seperti perangkap jari Cina. Semakin banyak tekanan yang anda gunakan, semakin ketat sensasi di kaki yang dirasai. Pakai kali pertama dan tahap keselesaan Disebabkan rekaan kasut yang sebegitu bersahaja ianya dirasakan dangat ketat pada pemakaian pertama .Saya memakainya terus untuk ke perlawanan bola sepak tanpa sebarang masalah. Kulit atasnya terasa agak lembut sementara kaki saya menyesuaiakan diri dengannya. Manakala bahagian tapak but terasa cukup fleksibel mengikut p...