Gambar dan ulasan dipetik dari soccer.com/guide Merupakan kasut rangakaian yang paling popular dari Nike .Sesiapa sahaja yang memandang dan pernah memakainya akan pernah merasakan sensasi kepantasan serta perubahan mentaliti yang cukup positif .Bermula dari edisi pertama pada tahun 1998 sehingga generasi kesebelas pada 2016 , kasut mercurial ini tidak pernah menghampakan peminat atau pemain pelbagai latar belakang serta level dari amatur sehingga profesional. Terdetik hati saya untuk menulis mengenai but pantas yang memberikan impak maksima kepada landskap atau kepantasan permainan bola ini dengan terperinci tetapi apa yang ingin saya kongsikan adalah maklumat teknikal serta perasaan sebenar mereka yang telah menguji kasut ini. Muat Mercurial Vapor sejak dari dulu terkenal dengan muatan untuk kaki bersaiz sempit atau tidak lebar mahupun kecil , sekali cuba ia tidak memberikan rasa muat yang lebar .Edisi terbaru kasut pantas ini adalah lebih baik dari sebelumny...